Inilah bilik baru Sofea.
Dulu Sofea tidak berani tidur seorang.
Tetapi apabila mama dan ayah beli Karpet baru yang cantik dan alas cadar yang cantik…
Sofea terus suka.
Sofea suka sangat-sangat!
Sofea kata .”Mama… Hari ini Sofea mahu tidur seorang”.
Mama kata.”Betul ke ni?”.
Sofea kata.”Betul Sofea berani tetapi jangan tutup lampu bilik air,lampu dapur dan lampu koridor”.
Mama senyum sahaja.
Sebelum mama pergi, Sofea kata pada mama.” Kalau mama mahu tidur dengan Sofea marilah.”
Mama senyum sahaja.
Lepas mama pergi Sofea tutup mata cepat-cepat sambil membaca surah-Fatihah dalam hati.
Pagi esoknya mama beritahu.”Cepatnya Sofea tidur malam tadi.”
Agaknya mama datang semula tengok Sofea di bilik…
Tengah kroh kroh kroh kroh ZzZzZzZzZ.



