Archive for June, 2010

Noor Roha

Tuesday, June 8th, 2010

Sayu,lucu,sedih,gembira,bersemangat,malu dan berbagai rasa lagi yang menyentuh hati ketika membaca Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu.

Kematangan seorang remaja yang begitu terserlah dalam menghadapi sesuatu keadaan dan kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak,kakak,pelajar dan yang utamanya sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini..

Alangkah bagusnya kalau setiap anak remaja di zaman sekarang
terbuka hati membaca buku ini dan memahami nilai murni dan pengajaran yang tersirat di dalam setiap kisah yang dipaparkan..

Sebaiknya kisah Kak Roza ini dijadikan drama bersiri di TV.. pasti bermanfaat.. paling saya minat ialah Mak Wa…insan yang penuh makna tutur bicaranya..

Apapun, yang sangat saya kagumi ialah kekuatan daya ingatan Kak Roza yang berupaya mengingati sesuatu yang dilalui berpuluh tahun yang lalu dengan terperinci,termasuk bait-bait kata yang di ucap mahupun warna baju dan sebagainya yang membuktikan bahawa kak Roza benar-benar menghayati setiap detik yang dilaluinya.. ya sesuatu yang saya pelajari kini..melihat sesuatu dengan mata hati..

Firdaus Tahir

Tuesday, June 8th, 2010

Assalamualaikum Puan Roza,

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menjadi salah seorang insan di belakang tabir penerbitan TCA. Sepanjang menyunting manuskrip Puan, jiwa dan hati saya juga bercampur-baur dengan pelbagai perasaan. Tulisan yang ditulis dari hati sememangnya akan sampai ke hati.

Ketika menyunting, ada masa saya tersenyum, ketawa, mengalirkan air mata dan berhenti seketika untuk berfikir dan mengenang memori sendiri. Sememangnya saya ‘enjoy’ semasa melakukan tugas itu, alhamdulilah.

Ketika majlis di Muzium Negeri Shah Alam bulan lepas, saya juga antara insan-insan yang tersentuh hati semasa mendengar penyampaian Puan. Sebenarnya saya ada menjenguk bilik VIP di muzium untuk bertemu Puan. Namun, apabila saya terlihat Puan sedang membaca surah di dalam Majmu’ Syarif semasa menunggu sesi Puan tengah hari itu, saya membatalkan niat.

Saya belajar daripada pegangan Puan, jiwa yang kental hanya akan dapat hadir dalam diri individu apabila kita bergantung cinta dan harap serta dekat dengan Allah. Manusia tidak mampu memberikan cinta 100% walaupun orang terdekat kita sendiri.

Terima kasih, Puan Roza. Semoga terus sukses. Semoga kita masih dapat bekerjasama dan berukhuwah.