Jaja

April 20th, 2010

Travelog Cinta Abadi – sebuah karya yang ringkas, bersahaja namun amat menarik. Jalan cerita disusun kemas menjadikan setiap bab mempunyai daya tarikan tersendiri sehingga membuatkan hati ingin terus membaca hingga ke penghujungnya. Ianya satu nukilan dan penulisan yang sangat jujur. 

Membaca travelog ini umpama melihat sebahagian daripada cerita hidup sendiri, kisah budak kampung. Penceritaan yang ikhlas membuatkan setiap kisah di dalam travelog ini terkesan dalam hati. Ianya juga sebuah karya yang memperlihatkan kasih sayang Yang Maha Esa kepada hambaNya.

Zaid Akhtar

April 20th, 2010

Sesungguhnya yang datang dari hati akan singgah di hati. Seusai menikmati travelog ini, saya percaya, penulisnya begitu jujur dan luhur dalam menukangi autobiografinya – bermula dari zaman kanak-kanak penuh ceria sehingga mekar ranum menjadi remaja yang kental jiwa.

Penulis bukan sekadar berkongsi naratif hidupnya yang beranekarona, tetapi menggali semula makna-makna kehidupan yang telah didepaninya. Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu  adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tapi mesra’ dan berupaya  mengusik sukma pembacanya.

Ain Maisarah

April 20th, 2010

Ain diberi penghormatan membaca manuskrip Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu. Ia sangat menyentuh hati. Ain bagaikan dapat melayari babak demi babak dalam perjalanan hidup penulisnya. Ain kagum dengan penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara “hidup” di sebalik  kisah-kisah yang dipaparkan.

Misalnya, dalam kesayuan, Ain melihat betapa kasih seorang abah yang begitu tegas tetapi bersulam dengan rasa cinta. Ia kelihatan terlindung di sebalik perjalanan kehidupan penulis. Benar, kenangan zaman kanak-kanak dan remaja itulah yang mampu mendewasakan kita.

Semoga penulis akan terus menyambung travelognya kerana Ain mahu mengetahui lebih lanjut lagi kisah-kisah cinta dalam hidup insan bernama Raudzah binti Roslan.

Teruskan menulis Kak Roza, selagi bakat dikandung badan!

Radziah

April 20th, 2010

Salam Puan Roza & Prof,
I’d received the book yesterday evening – intended for bedtime reading.

Kesudahannya tidur lewat dengan rasa yang tidak terucap.

This morning I quoted Pn Roza in my facebook status:

Allah tahu apa yang berbisik di dalam hati & apa yang tersembunyi di dalam dada…tak terlontar dengan kata-kata. Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu..

Ianya satu ungkapan yang sangat bermakna buat saya. Tidak kisahlah walau kawan-kawan kata saya bertukar menjadi ‘jiwang’ sekalipun, hanya pembaca dan penulis sahaja yang faham!

Semoga penulisan Pn Roza kekal memberi manfaat & dapat diteruskan insyaAllah.

Komen Pembaca Travelog Cinta Abadi

April 20th, 2010
Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu

Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu

Jika sudi, tulislah komen di sini atau e-mel kepada travelogcinta@gmail.com. Nanti kami akan uploadkan sebagai satu entri. Baik dan buruk, manis dan pahit akan dicatatkan.

Moga ia memberi manfaat terutamanya buat bakal pembaca.