
Ummi Hani Abu Hassan adalah nama sebenar Ummu Hani Abu Hassan. Dilahirkan pada 2 Januari 1983 di Padang Sera, Kodiang, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Siputih, Padang Sera, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum, Pokok Sena dan Sekolah Menengah Agama Nahdah Hasanah, Melele, Kodiang, Kedah.
Pendidikan tingginya bermula di Matrikulasi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (2001-2002), Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin dan Pengajian Media) Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2002-2006) dan Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya (2007-2011). Bidangnya adalah dakwah dan Pengajian Media (kewartawanan dan Penulisan Kreatif). Kini beliau sedang melanjutkan Phd dalam bidang Sastera Bandingan (Melayu-Indonesia) di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul.
Ummu Hani pernah merantau ke Indonesia (Medan, Aceh, Yogjakarta, Semarang, Solo dan Jakarta), Singapura, Brunei, Thailand (Selatan Thai dan Bangkok), Bangladesh (Dhaka), Myanmar (Yangon, Bagan dan Mandalay), Syria (Damsyik), Jordan (Amman dan Irbid), London, Mekah dan Madinah.
Beliau telah menghasilkan 12 buah buku (novel, kisah benar dan antologi cerpen) dan 15 buah skrip drama televisyen. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi kategori cerpen dan novel pada 2005, 2007, 2008 dan 2009.
Beliau berazam menjadi manusia yang bermanfaat sebagai seorang anak, isteri, ibu, guru dan sahabat. Prinsipnya, sekiranya kita membantu agama Allah SWT pasti Allah SWT akan membantu kita.
Beliau boleh dihubungi melalui emel ummihani.abuhassan@yahoo.com.my.
As Salam Tuan..pihak kami merupakan Persatuan di Daerah Limbang berminat untuk menjemput tuan serta isteri sebagai pencerah sebagai berkongsi ilmu di dalam program kami. maklumat lanjut dapat dibincangkan sekiranya tuan berminat.Sila hubungi email atau 0198184952. (Tn Hj Salleh)