Bila tiba masanya …..

Misi utama pemergian pertama saya ke India kerana mahu mencari rakan kongsi. Pelbagai kriteria penting telah dikenalpasti dan dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi sebelum itu. Antaranya, mereka mahu ber-rakankongsi dengan konglomerat antarabangsa.

Selepas beberapa pertemuan dan mesyuarat, pencarian saya semakin hari kelihatan semakin sukar. Saya sudah putus asa. Lalu lahirlah rasa kekecewaan saya kepada Tuan CEO di Malaysia. Saya mahu pulang segera. Mujurlah kepercayaan yang beliau letakkan kepada saya amat tinggi. Semangat yang sudah menghilang kembali menjengah ke dalam diri.

Saya jadi semakin kuat menangis dan asyik mengadu kepada Allah yang satu. Memohon agar Dia mudahkan urusan saya. Memohon agar Dia temukan saya dengan orang yang saya cari. Memohon agar Dia bukakan hati hambaNya, walau siapa pun dia, untuk menerima idea saya. Sudi menjadi rakan kongsi yang saya cari.

Sejak kecil arwah Bapak mengajar kami untuk meminta dariNya secara spesifik. Bapak selalu berkata,

“Bila berdoa, bayangkan apa yang kau nak. Minta dari Dia apa yang kau bayangkan. Sebab Dia akan bagi apa saja yang kau minta. Lambat cepat je. Paling penting kita yakin dengan Dia dan kita serahkan sepenuhnya pada Dia. Jangan ada sangsi walau sekelumit.”

Semoga Bapak diletakkan bersama hambaNya yang beriman dan berbahagia di sana.

Didikan dan pesanan Bapak menjadikan anak-anaknya degil dengan kehendak dan berpegang teguh dengan kepercayaan. Saya tidak berkecuali; terutama tatkala berdepan dengan kepayahan seperti ini. Sementelah saya bersendirian di bilik hotel, tidak ada rasa gusar di hati dikata gila kerana bercakap seorang diri.

Di satu petang, selepas hari ke sepuluh, dengan berat hati, saya gagahkan diri menghadiri mesyuarat dengan seorang CEO sebuah syarikat. Dr Shan dan bekas anak murid beliau, juruaduit luar syarikat tersebut, menemani saya. Beliau mengenali CEO tersebut. Saya tidak meletakkan sebarang harapan kepada pertemuan ini. Hati saya sudah tawar. Yang ada hanya gundah dan gulana.

Allah ya Allah. Sombong sangatlah pulak Pakcik ni. Langsung tidak mahu memberi kesempatan kepada kami menerangkan model perniagaan. Saya bayangkan beliau umpama raksasa yang mahu menelan mangsanya. Dan saya adalah Ultraman yang belum memakai pakaian seragam. Dihempas-hempas sesuka hatinya. Hampir saja airmata tumpah kerana tidak sanggup menelan kesombongan beliau. Suaranya bernada tinggi dan temponya laju. Tangannya mendepang-depang disertai pandangan mata yang sinis. Hati ini cukup terhiris. Berada di situ terasakan satu perbuatan yang sia-sia. Bertapuk tinggi lagi rasa kecewa saya.

Tidak sukar untuk memahami kenapa beliau boleh menjadi begitu sombong. Sebagai CEO sebuah syarikat yang mempunyai pendapatan lebih US$2 bilion setahun, dengan ratusan ribu kakitangan di bawahnya, kedudukan beliau cukup tinggi. “Sabarlah duhai hati. Kau harus sedar diri. Kau tidak punya apa-apa untuk ditawarkan. Hanya idea, semangat dan kemahuan yang tinggi.”

Saya betul-betul angkat bendera putih dengan Tuan CEO Sombong ini. Dalam hati berkata, “Lantak pi lah.” Tumpuan mula beralih kepada hiasan dalaman bilik besar itu. Ada perasaan mahu menentang yang begitu membuak; syukur Allah tidak izinkan. Ia pastinya memudaratkan jika kata hati diturutkan. Kail saya ketika itu panjangnya hanya sejengkal, tidak mungkin lautan dalam mampu diduga.

Di saat getir itu, saya merayu kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk menghadapi situasi yang paling sukar sejak dari hari pertama saya tiba di India. Kumat kamit mulut membaca surah Al-Insyirah. Berulang-ulang kali. Makin lama makin bersemangat. Saya yakin dengan firman Allah:

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Terjemahan surah Al-Insyirah: 5- 6)

Hampir tercabut jantung saya tatkala mendengar satu suara yang begitu dekat dengan telinga saya.

“Can I have your business card, Madam?” Itu soalan beliau.

Saya tidak perasan bila ketikanya hamba Allah tersebut, seorang lelaki berusia 60an, yang wajahnya cukup bersih, putih melepak kulitnya, mengambil tempat di sebelah saya. Beliau menghulurkan kad bisnes kepada saya. Tertera namanya: Muhammad Hasan. Executive Director.

Secepat kilat kad nama saya serahkan kepadanya. Beliau bertanya laju, “Where is Idris?”

Jawab saya sambil tersengih bagai kerang busuk, “He is 7 feet down, Sir.”

“Your husband passed away already?” Tanyanya kembali.

“Oh no, Sir. My husband is in Malaysia. Idris is my late father. We, Malaysian, we use our father’s name, Sir. We don’t use our husband’s name.” Tanpa disoal saya menjawab. Rasa panas mula menjalar di pipi.

“Hmmm. You are here without your husband? Then, who is he?” Mulutnya dimuncungkan ke arah Dr Shan.

“He is my colleague, Sir. His name is Dr Shan. He is a local Indian from Thambaram, Sir.” Hati mula diburu rasa bersalah.

“You cannot travel without your mahram. Don’t you know that? It is wrong.” Sekali lagi saya tersengih. Terkedu. Tiada jawapan. Khalas.

Tuan CEO Sombong yang sedang rancak berdegar-degar bercakap tadi mula memperlahankan suara. Yang lantang menjadi lembut tiba-tiba. Seolah-olah baru perasan ada manusia lain di hadapannya.

Bersungguh-sungguh pula beliau perkenalkan saya kepada Muhammad Hasan. Hati kecil yang nakal ini mula ketawa bagai digeletek. Tadi pandang kita sebelah mata pun tidak. “Bodek! Auta aje lebih Mamat ni. Habuk pun tak ada rupanya.”

Selepas sedikit penjelasan dari Tuan CEO Sombong, barulah saya faham bahawa Muhamad Hasan adalah wakil keluarga beliau dalam Lembaga Pengarah. Syarikat induk keluarganya berpengkalan di Dubai dan menguasai 80% saham dalam syarikat ABC ini. Gelak saya di dalam hati bertambah kuat. Tuan CEO Sombong ini hanya berkuli di syarikat ini. Samalah macam saya. Hujung bulan dapat gaji sebulan. Ada rezeki dapat bonus lebat. Silap haribulan kena tendang.

Pipi terasa semakin panas kerana perasan yang mata Muhamad Hasan tidak lekang dari menatap wajah saya. Ya Allah! Beri kepadaku keajaiban. Berikan kepadaku. Dan jauhkan sebarang malapetaka dariku Ya Allah! Bersungguh-sungguh saya merintih di dalam hati.

Allah Maha Mendengar. Dia menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya mampu hadapi. Saya hampir terjatuh dari kerusi tatkala mendengar Muhammad Hasan berkata,”I was been informed that someone from Malaysia is coming today. I am surprised to see you. I thought you are a man. The fact that you are a religious Muslim lady with a very strong character, travelled here all by yourself, selling your brilliant idea, made me impressed. I don’t understand a bit on what business you want to embark here in India, but, I want you to know that I am with you. Welcome to the Group. We will discuss this further either here in India or in Malaysia.”

Allah hu akbar. Allah yang Maha Besar. Segala puji hanya padaNya.

Muhamad Hasan bangun.  Semua yang ada dalam bilik itu juga bingkas bangun, termasuk Tuan CEO Sombong yang kelihatannya malu alah. Saya tundukkan kepala dan membawa kedua tangan saya ke dada sewaktu Muhamad Hasan memandang tepat ke arah saya. Sambil tersenyum beliau berkata, “I like you. Keep that spirit. And keep smiling. You look good when you smile. Call me tomorrow morning and I will give some names to you. I will inform our Group MD in Dubai immediately and explain in detail when I go there next week. Hopefully we can have our next meeting before next week?”

Kami tinggalkan bangunan yang tersergam itu dengan hati yang penuh dengan bunga. Saya tidak sabar untuk mengkhabarkan berita hebat itu kepada CEO saya di Malaysia. Sebelum saya tekan nombor beliau, saya tekan nombor kekasih hati saya. “I did it!!! Yeay!” Saya menjerit kegirangan….dan saya dengar jelas suara beliau di hujung talian, “Alhamdulillah. Syukur. Bila nak balik?” Ada rindu yang terpendam. Rasa kasih yang mendalam.

18 thoughts on “Bila tiba masanya …..

  1. Allahuakhbar….xtahu mengaoa airmata sya tak henti ketika membaca tulisan ini…Puan Suria, sy juga pernah melalui situasi seperti ini….di mana saat ketika kita berasa sangat hampa dan kecewa, hanya Allah tempat mengadu dan suami pemberi kekuatan…di saat kita merasa kita orang paling kerdil, dikelilingi oleh mereka2 yg berkuasa dan berjawatan, kita hanya ada Allah tempat mengadu, tempat menangis dan akhirnyaa Allah jawab bicara kita, Allah makbulkan doa kita, Allah tunjukkan kepada kita sebenarnya Dia lebih berkuasa dari org2 sekeliling kita…ketika org tidak memandang kepada kita tetapi Allah memandang kita dengan belas kasihNya…. Allahu Rabbi, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Kecuali Dia, Allah Yang Maha Besar…. Seperti Puan, bila mendengar perkhabaran gembira dan sememangnya menjadi harapan….airmata syukur mengalir laju…dan suamilah org pertama yg dimaklumkan, untuk dikongsi rasa syukur dan keajaiban yang tidak pernah terlintas di hati dan fikiran. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur, hambaMu yang redho, jadilan dimataku kecil, dimata manusia besar,,.. Puan, semuga Allah sentiasa melindungi puan sekeluarga dan permudahkan segala urusan puan dunia dan akhirat….aamiin.

  2. Semoga Allah memberkati segala usaha2 Puan… Tulisan Puan sangat mengesankan… Semoga Puan terus dapat memberikan kuliah dalam UMKI, insyaAllah..

  3. Cik Puan Shelly dan Cik Puan Zaleha. Terimakasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kejujuran dan cinta berjalan beriringan. Ia menimbulkan keyakinan. Syukur kepada Allah menghadirkan suami yang baik dalam hidup kita.

  4. Emm…. X sedar airmata mengalir, ada sendu yg x terucap dgn kata2. Allah lebih mengetahui segala2nya.

  5. Assalam, saat ini saya sdg sgt down, ada projek baik tapi masih menunggu jawapan dr Allah menerusi munajat pd Nya, adakah ada rezeki saya dlm projek tersebut, In Sha Allah jika ok , cerita n semangat Puan saya pinjam utk perjuangan saya, tq atas perkongsian Puan.

  6. hehe.. sy dapt bayangkan keadaan puan melonjak kesukaan juga di dlm kebimbangan. Seronok membaca sharing puan. Betul kata arwah bapa puan doa itu senjata yg hebat dan kita kena spesifik dgn apa yg kita pinta. Mesti yakin Allah maha mendengar dan maha memberi.. itu juga yg sy belajar dr Dr Azhar. Terima kasih puan atas peringatan tersebut.

  7. allahhuakbar……itu lah yang dikatakan the power of doa. cerita puan menjadikan saya lebih bermotivasi terutama bila bekerjasama dengan mereka yang HEBAT2

  8. Great blog! Do you have any hints for aspiring writers?

    I’m planning to start my own site soon but I’m a little lost on everything.

    Would you advise starting with a free platform like WordPress or go for a paid
    option? There are so many choices out there that I’m totally overwhelmed ..
    Any tips? Cheers!

  9. Does your blog have a contact page? I’m having problems
    locating it but, I’d like to send you an email. I’ve got some
    recommendations for your blog you might be interested in hearing.
    Either way, great site and I look forward to seeing it grow over time.

  10. This design is steller! You definitely know how to keep a
    reader entertained. Between your wit and your videos, I was almost
    moved to start my own blog (well, almost…HaHa!) Great job.
    I really enjoyed what you had to say, and more than that, how you presented it.
    Too cool!

  11. Your style is so unique in comparison to other people
    I have read stuff from. Thank you for posting when you’ve got the
    opportunity, Guess I will just bookmark this site.

  12. Infographic is actually among prominent and also stylish Off web page Search Engine Optimization Method
    which is much more preferable for the effective promo.

  13. Yeah, this place he was working had some troubles) the new leach field backed up.
    They decided to attempt and switch back to the old leach field, which they discovered had recovered over the course of a couple of years.

Leave a Reply