Spekulasi

Bercerita hal orang berlaku sentiasa sehingga mendedahkan identiti. Sekuat mana mahu menahan diri, ada masanya terjebak tanpa disedari. Sungguh … ia penyakit hati yang terlalu sukar dibendung.

Ini pengalaman menarik. Ia kisah lama dahulu. Sepasang suami isteri menguruskan kehadiran kami ke satu majlis. Mereka mengambil kami di lapangan terbang. Sungguh … mereka sangat baik hati, berbudi bahasa dan senang berada di sisi.

Namun ia bertukar apabila kami diceritakan sesuatu yang melibat orang lain oleh si isteri. Beliau bersemangat sekali. Kisahnya seolah-olah tiada noktah. Suaminya diam sahaja. Malah saya sendiri tiada upaya untuk menyatakan, “topik ini perlu diubah. Saya tidak selesa.”

Tiba-tiba beliau berhenti bertutur. Barangkali menyusun para baru. Suaminya cepat-cepat menyatakan, “apa yang awak ucapkan hanyalah spekulasi. Tidak elok begitu.”

Ia jadi kenyataan menarik. “Itu hanya spekulasi!”. Azrai – anak bersama kami – mula menyebut, “Ayah … itu hanya spekulasi,” bila saya menyatakan pandangan terhadap sesuatu yang tidak pasti dan membabitkan orang lain.” Ia kekal sehingga ke hari ini.

“Opps .. Itu hanya spekulasi.”

Benar … kita sering mencipta spekulasi. Dan kita teruja dengan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya.

2 thoughts on “Spekulasi

  1. Saya sendiri didalam dilema sebegini..Allah ya Allah ku mohon kudrat dari mu..Lindungi la daku Ya Allah ..aamin

  2. Setiap ayat ada jalan ceritanya sendiri.Saya mula nak berjinak smula dalam penulisan, kali ini lebih mengtauhidkan Allah subhanu wata ala dari kebendaan.Semoga Allah berikan saya kemudahan urusan untuk berbuat demikian, dan terus belajar dari penulisan Proff insyaAllah.Aminn.

Leave a Reply