Zalim dan Terpuji

Alhamdulillah … buku Di Sebalik Niqab dan Detik Itu telah dilancarkan semalam. Yang Hormat Dato’ Shahaniza (wakil kerajaan negeri Pahang) ketika berucap menyatakan:

Melalui penulisan dan pembacaan, saya bertemu dengan kata-kata yang mahu dikongsi bersama dengan para hadirin:

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Ia untuk difikirkan.