Sedekah

Sedekah adalah satu bentuk pinjaman kepada Allah SWT. DIA istilahkan begitu.

MasyaAllah … Subhanallah … AllahuAkbar.

DIA yang memberikan rezeki (modal) kepada hambaNya, kemudian DIA mahu kita memberi pinjaman kepadaNya supaya DIA boleh membayar balik pinjaman tersebut. Bayarannya berlipat ganda (nota: ia tidak dinyatakan berapa banyak) dan disertai dengan bonus besar iaitu ganjaran pahala.

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala yang besar!

(Terjemahan surah al-Hadid : 11)

Sungguh … saya meyakini inilah salah bentuk perniagaan yang tidak akan merugikan. Ia sentiasa menguntungkan.