Kisah PhD, Kisah Kehidupan

PhD (Catatan ll)

Ia kisah kehidupan.

Mereka yang gagal menyalahkan supervisor. Lalu saya bertemu mereka yang berjaya dan bertanya tentang hubungan dengan penyelia mereka (buku PhD Kecil tapi Signifikan).

Semalam saya kisahkan kenyataan Prof Dr Ibrahim Kamal dari bidang perakaunan. Hari ini kita melihat kenyataan Prof. Dr Abu Bakar Majeed yang memperolehi PhD Farmasi,

“Faktor kritikal untuk berjaya dalam PhD ialah para pelajar perlu mempunyai pemikiran yang tidak terikat, bebas dan terbuka. Penyelia meletakkan saya dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan peralatan tanpa diajar bagaimana untuk menggunakannya. Setahun saya bersendirian. Saya pernah breakdown tetapi keazaman untuk berjaya menyebabkan saya melalui tahap kepayahan tersebut dengan jayanya.

Saya percaya penyelia benar-benar mahu menguji. Selepas beliau menilai dan melihat kualiti yang ada, beliau banyak membantu sehingga saya berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun. Benar, penyelia cukup penting tetapi kejayaan memperolehi PhD lebih kepada soal diri sendiri. Jarang benar penyelia yang gemar pelajarnya menjerit help me, help me, help me

Ia untuk direnungkan.

(Nota: Buku PhD Kecil tapi Signifikan telah diterbitkan pada 2004 dan diterbitkan semula pada 2011 dan 2013. Jika berminat untuk mendapatkan naskah ini, Whatsapp 0193154444 atau membeli secara terus daripada PENERBIT UiTM)