Stop

qifIa salah satu perkataan Arab yang sentiasa ditemui ketika memandu terutamanya ketika di persimpangan. Ia tidak perlu dipelajari kerana keadaan, simbol dan kedudukannya menyatakan maknanya.

Pemandu perlu berhenti seketika, lihat kiri, kanan dan hadapan sebelum meneruskan perjalanan. Ia untuk keselamatan diri.

Begitulah. Saya fikir kesemua jemaah haji sudah pulang ke Tanah Air, sudah mula bertenang dengan kehidupan pasca-haji. Tandanya mudah, ramai yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan umrah. Visa umrah – khabarnya – sudah sedia dibuka walaupun beberapa isu masih belum jelas sepenuhnya terutamanya kos visa yang dikenakan.

Ramai negara memboikot peraturan baru ini.

Ia mustahak tetapi tidak perlu difikirkan sangat. Ia peraturan untuk mereka yang berulang kali mahu menunaikan fardhu haji dan umrah.

Ada beberapa isu yang harus difikirkan terutamanya bagi jemaah haji yang baru pulang ke Tanah Air. Haji mabrur tiada balasan melainkan syurga. Secara perlambangannya, mereka yang dianugerahkan haji mabrur merupakan ahli syurga dan perlu mempunyai watak ahli syurga. Ia perlu dipertahankan sehingga kita dijemput pulang olehNya.

Tentunya semangat haji kita masih membara. Barangkali agak bagus jika kita STOP seketika menilai dengan apa yang telah berlalu dalam beberapa minggu yang lepas. Bagi jemaah lelaki, barangkali elok juga kita bertanya,

Subuh tadi kita di mana?

Ia tanda aras mudah untuk menilai pelbagai perkara lain yang melambangkan keinginan pasca haji.

Barangkali jemaah wanita boleh melihat bagaimana aurat (tanda aras mudah ialah keadaan yang membolehkan kita terus solat) terjaga atau tidak pasca haji atau kita kembali sebagaimana asal.

Dua persoalan ini bukanlah bersifat mutlak tetapi memadai untuk kita STOP seketika sebelum meneruskan perjalanan yang tidak tahu bila akan berakhir walaupun nun jauh di sudut hati kita berani menyatakan, “ia semakin hampir.”

Pelbagai isu besar lain perlu difikirkan.

InsyaAllah kita bertemu di FIRDAUS dengan RahmatNya melalui tiket Haji Mabrur.