Anekdot Israk-Mikraj 1

Allah perintahkan manusia untuk solat 50 waktu sehari semalam.

Baginda SAW membuat permintaan pengurangan atas nasihat Nabi Musa AS. DIA tunaikan sehingga turun 90 peratus.

Apa yang perlu dipelajari? Perintah dan permohonan pengurangan perintah pun didengariNya.

Itulah sifat Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Allah … ya Allah, mengadu, memintalah kepadaNya. Kita mempunyai Dia yang Maha Berkuasa.

Bergantunglah kepadaNya.