Pasar

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan,
Semuga dilindungi dan mendapat rahmat Allah sentiasa,

Pada hari rabu yang lalu, kami dipelawa oleh ustaz Aizat dan isterinya, Azimah ke pasar. Tanpa berfikr panjang, kak Ngah menerimanya. Apatah lagi, kami bakal menerima tetamu istemewa di hujung minggu. Ustaz Aizat berkata,” Dalam bahasa arab, pasar di panggil sauk [سوق ]. ”Mari kita buat satu pusingan. Kita tengok keadaan.” ustaz Aizat mencadangkan.

Pasar itu seperti pasar borong. Kebanyakan yang datang membelinya secara pukal. Ia mempunyai beberapa seksyen. Ada pasar bagi sayur-sayuran dan buah-buahan, pasar kurma, pasar bawang dan kentang, pasar ayam, pasar daging dan ikan. Kami teruja melihat pasar ikan!

 Rasanya tidak payah diucapkan. Ia terakam melalui gambar. Agak-agaknya..ikan sebesar itu sedap di masak apa? Subhanallah! Melihat ikan, bukankah ada tanda-tanda kebesaranNya?

Ikan berharga SR1000

Sayur dan buah-buahan yang segar

Tahukah Ratna sesibuk-sibuk pasar itu, hanya Kak Ngah, Azimah dan Sofea sahaja perempuan. Memang perempuan arab ni dimanjakan oleh lelakinya.  Baik, kali ini kak Ngah mahu memperkenalkan beberapa perkataan arab yang ada di pasar. Daging lembu atau kambing ia di panggil  laham [ لحم] ,ikan [سمك], ayam [دجاجه], sayur [خضرة] dan buah/fakihah [فاكهة].

Setakad ini sahaja. Sehingga berjumpa lagi di lain lembaran.

Salam sayang dari kami sekeluarga di Madinah.
-Rumah kecil di Jabal Ohud-

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Keluarga, warkah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>