Jangan hiraukan..

Menemui adikku Ratna,
Salam sejahtera dan semuga dilindungi Allah sentiasa,

Ratna,
Khabarnya jemaah haji Malaysia sudah mula menerima jemputan. Ada yang FB dan e-mail kami memberitahu KT penerbangan mereka. Setakad ini mereka kelihatan sangat gembira. Alhamdulillah! Itulah tanda-tanda kebesaran Allah, bagaimana Dia mencipta perasaan yang pelbagai.

Kak Ngah pasti,  perasaan bakal jemaah haji yang baru pertama kali mahu menjejakkan kaki ke tanah suci tentu berdebar-debar, seronok tetapi takut. Perasaan itu anugerah tuhan yang maha kuasa. Dia mahu kita menghampirinya. Semakin takut perasaan kita, sepatutnya semakin kuat kebergantungan kita kepadaNya. Tunduklah, sujudlah, menangislah dan merintihlah hanya kepada Allah.

Ratna, katakan kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang bakal menjadi jemaah haji, di tanah suci nanti tiada pemandu pelancong. Mutawif, ustaz dan ustazah yang memimpin nanti tidak dapat membantu dalam semua perkara. Mereka ada kekangannya. Yang akan memandu dan membantu kita nanti, hanya Allah.

Berpesanlah kepada mereka, supaya sabar, solat dan banyak berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha pengasih dan penyayang.

Ratna,
Katakan juga kepada mereka agar bersedia secara fizikal dan mental. Di tanah suci nanti, kerenah jemaah haji dari seluruh dunia adalah pelbagai. Banyakkan bersabar. Jangan terkejut apabila melihat cara mereka menunaikan solat agak berbeza berbanding dengan kita. Bukankan di dalam dunia ini terdapat beberapa mazhab?

Jangan hiraukan.. jika mereka memusing-musingkan jari telunjuk ketika di dalam tahiyat awal dan akhir. Jangan hiraukan.. jika mereka membetulkan tudung, melucutkan jam, mematikan deringan telefon, mengalihkan beg malah mendukung anak ketika bersolat.

Apa yang lebih penting.. kita berikan tumpuan kepada Allah. Memohon keampunan dariNya. Bukankah kita datang dari jauh dengan membawa banyak dosa? Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Sekian sahaja untuk kali ini. Salam sayang dari kami sekeluarga di Madinah.

-Rumah kecil di Jabal Ohud-

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Muhassabah, warkah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>