Majalah ANIS

Kolumnis : Bukan sekadar Resipi

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga di dalam kasih sayang Allah sentiasa,

Ratna,
Minggu ini rumah kecil kami di Jabal Ohud berseri lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu Allah. Maknanya dapur kami kembali berasap dengan pelbagai resipi. Ia bagaikan satu motivasi diri, apabila masakan yang dimasak ramai yang menjamahnya. Sungguh, sebenarnya Kak Ngah gembira menyediakkan hidangan untuk mereka. Hidangan untuk tetamu Allah.

Masyallah! Dalam masa yang sama, sebenarnya Kak Ngah menyediakan pengambilan foto-foto untuk menu masakan bagi buku terbaru nanti – Travelog Masakan: Ia bukan sekadar Resipi.

Ratna,
Untuk makluman, siri pertama kolum Bukan Sekadar Resipi telah disiarkan dalam majalah ANIS keluaran Disember. Jika berkesempatan, mohon dapatkan dan simpankan dahulu naskah itu sehingga kami pulang bercuti. Jika dipinjamkan lagi umur kami hingga saat itu. Insyallah! .

Dalam kolum itu, setiap bulan terdapat satu resipi dan satu persoalan yang diutarakan untuk kita sama-sama fikirkan. Misalnya resipi yang sama dengan rempah ratus yang sama, jika dilakukan dengan metod yang berlainan [goreng atau gulai] barangkali hasilnya menjadi lain. Bukankah itu rezeki ilham yang diberikan oleh Allah yang maha kaya?

Ia bukan sekadar resipi.

Satu lagi, resipi yang sama, anehnya tidak semua orang mampu menghasilkannya. Mudah bagi sesaorang, berat bagi yang lain. Menjadi bagi sesaorang, hangit rentung bagi yang lain. Bukankah itu tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang pencipta alam ini?

Ia bukan sekadar resipi.

Ratna,
Apabila kak Ngah menulis buku Ia Bukan Sekadar Resipi, semakin banyak yang boleh kita fikirkan tentang kebesaran Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Di hujungnya Kak Ngah dapat satu kesimpulan bahawa hidup ini Allah ciptakan dengan melihat berbagai menu masakan sebagai misal perbandingan .

Ia berbagai rupa dan rasa. Kehidupan ini merupakan sejenis masakan yang terhasil dari rencah-rencah yang berbeza. Setiap individu mempunyai kadar asam garam, masin manis dan pahit kelat yang berbeza garapannya.

Ia bukan sekadar resepi.

Bukankah di dalam al-quran ada menyebut – berjalanlah kamu serata dunia serta lihatlah makanan yang diciptakan. Bukankan itu tanda-tanda kemurahan dan kasih sayang Allah kepada hambanya? Ia sediktpun tidak mengurangkan kurniaanNya walaupun sesetengah dari mereka tetap kufur ingkar kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi serta diantara keduanya. Tidakkah kita fikirkan? Tidakkah kita menggunakan akal?

Ia bukan sekadar resepi.

Ratna,
Sekian sahaja buat kali ini. Semuga Allah memudahkan segala urusan dan disudahi dengan segala kebaikan. Amin.
Barakallahufiq! Illa Liqo..

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Haji, Masakan, Muhassabah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>