Masyallah Tabarakallah

Kegemaran Amirul : Pulut kuning tanak dan rendang ayam

Menemui adikku Ratna,sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga Allah membentuk hati-hati kita semua agar memperbaiki amalan bagi mendekatiNya.

Ratna,
Alhamdulillah! Pengambilan foto-foto masakan kini hampir ke penghujungnya. Hanya ada beberapa shoot yang tidak dapat diambil kerana tiada bahannya di Madinah al Munawarrah. Pernah di suatu ketika, saat buntu memikirkan bahan alternatif..tiba-tiba Allah tunjukkan jalan.

Masyallah Tabarakallah!

Ratna tahu bukan bagaimana sukanya Amirul dengan rendang dan masakan bersantan? Alhamdulillah! Seorang rakan sejauh Riyadh datang berziarah ke rumah kami semasa cuti Aidil Adha, beliau menunjukkan lokasi kedai menjual bahan-bahan nusantara [Indonesia-Malaysia-Thailand-Philipina-Brunei-singapura]. Benar, ia macam-macam ada.

Sementara Kak Ngah melihat-lihat, Amirul menjuju ke tempat menjual sayur-sayuran.

” Mama, ada serai! Wah..santan kelapa pun ada…” berkilat pipinya dan semakin sepet matanya tersengeh ria.

Alhamdulillah! Selesai isu untuk resepi yang menggunakan serai. Bukan itu sahaja, kuasa Allah, tanpa sedar kak Ngah mencapai tepung pulut, tepung beras, bihun, kacang panjang, tahu dan tempe! Cadangan asal hanya mahu melihat tempat sahaja tetapi begitulah akhirnya..

Benar, kenapa tidak? Ia ada di hadapan mata sedangkan kita sebelum ini mengharap-harapkannya. Bukankah itu tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang mengerakkan hati manusia?

Masyallah Tabarakallah!

Esok malamnya kami menjamu diri dengan sate dan kuah kacang gajus. Kami makan bersama mee bandung [perencah yang diberi oleh rakan dari Yanbu].

Hari-hari yang berikutnya ada resepi gorengan tempe mendoan namun kami namakannya sebagai tempe goreng Omih.[ Sebab ia resepi gaya bibik Omih]. Tanda ingatan kami kepada bibik yang suka melayan anak-anak [serta rakan-rakan sekolah mereka] dengan apa juga permintaan yang mahu dimakan. Kami terkenangkan bagaimana Azrai meminta bibik Omih mengoreng pelbagai jenis nasi goreng seperti di warung untuk rakan-rakannya. Sementara mereka menunggu aktiviti kurikulum di sebelah petang.

Masyallah Tabarakallah!

Bagaimanapun kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang bersusah payah menyusahkan jemaah haji dengan mengirim bahan-bahan makanan kiriman “orang hebat”. Kami amat terharu dengan ingatan kasih mereka bagi memenuhi kemahuan anak-anak. Malahan ada yang menghantarnya melalui pos. Malangnya tepung goreng ayam itu bertaburan kerana pemeriksaan yang ketat oleh POS Saudi.

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi.

Ratna,
Akhir sekali, ramai sanak saudara dan rakan-rakan meminta resepi itu dan ini. Insyallah! Akan dikongsikan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Salam sayang untuk emak, sanak-saudara dan rakan-rakan dari kami di Madinah al Munawarrah. Tahniah untuk Razif dan Nurul Izz yang sudah bergelar ibubapa! Kami mendoakan agar bayi itu menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya di dunia dan diakhirat.

Barakallahufiq!

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Kerenah anak-anak, Masakan, Muhassabah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>