Demam

Demam kena makan bubur, gelas sebiji pun tidak boleh dihantar ke dapur dan mulutnya tidak berhenti memberitahu batuk, batuk, batuk!

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga diri serta keluarga dirahmati Allah sentiasa.

Ratna,
Sofea demam, sehari selepas pulang dari Makkah tempohari. Kebiasaannya Kak Ngah berikan dia paracetamol yang dibeli dari farmasi dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, dia pulih. Namun, kuasa Allah, ia tidak berlaku seperti itu selalu.

Hari ini, sudah 4 hari Sofea tidak ke madrasah. Suhu badannya meningkat disebelah malam, deman serta batuk. Sebenarnya, di kawasan perumahan kami terdapat kelinik kerajaan. Ia beroperasi sebelah pagi, tutup untuk laluan solat zohor dan Asar. Buka selepas Asar. Tutup semula untuk solat maghrib dan Isyak. Beroperasi semula selepas Isyak sehingga tengah malam.

Siapa kata orang-orang arab tidak bekerja kuat? Barangkali, banyak lagi perkara baik yang boleh dijadikan contoh, tetapi tidak diceritakan.

Pagi ini, demam serta batuk Sofea masih tidak berkurangan. Kak Ngah nekad membawanya ke kelinik. Selama ini, alasan tidak mahu pergi adalah kerana masalah komunikasi.

Ratna,
Kami sampai di hadapan kelinik seawal 8.15 pagi. Tercanggak-cangak mencari mata, untuk bertanya. Akhirnya kak Ngah, menuju ke arah wanita berkelubung hitam yang sedang meriba anaknya. Matanya tidak kelihatan, namun kak Ngah tahu dia sedang memandang kami.

“Registrations…aina?”

Dia menjawab beberapa patah perkataan arab sambil menunjuk ke arah luar kelinik. Entah apalah yang dikatakannya. Lalu, kami menuju ke luar dan terdapat 2 tangga yang dipisahkan oleh sekeping dinding – laluan lelaki [الرجل] dan laluan perempuan [النشاء]. Kedua-duanya menuju arah tingkap yang satu.

Pegawai lelaki itu berkata sesuatu yang [sedia maklum] kami tidak fahami. Ditunjuknya fail folder berwarna hijau. Rupa-rupanya di sini, setiap pesakit perlu membawa fail folder sendiri. Segala sejarah penyakit pesakit akan dimasukkan ke dalam folder itu dan di simpan di kelinik. Jika mahu berjumpa doktor, pesakit dapatkan fail mereka dari pegawai di bahagian pendaftaran. Pegawai menyerahkan fail dan pesakit di minta berjumpa doktor.

Di mana doktor? Kami bertanya lagi dengan mereka yang berhampiran. Mereka berkata sesuatu, tangan ditunjukkan ke arah tangga. Ke atas! Kami mengangguk faham.

Kami naik ke tingkat satu. Mencari-cari. Sesaorang menunjukkan kawasan menunggu wanita. Pintunya bertabir. Beberapa wanita berkelubung hitam, menunggu. Salah seorang berkata sesuatu, ditunjuknya ke sudut kanan.

“Tabib.. illa yamim [sebelah kanan]”

Kami ke arah itu. Terdapat seorang doktor perempuan sedang memerikasa kanak-kanak yang ditemani ibunya. Kami kembali ke tempat menunggu. Beberapa minit kemudian, datang seorang wanita bersama 2 anaknya. Mereka terus ke bilik doktor. Wanita pertama keluar. Wanita ke 2 masuk. Sementara doktor memeriksa, datang wanita ke 3 bersama anaknya. Mereka juga terus ke bilik doktor itu.

MasyaAllah! Oooh..rupa-rupanya tiada nombor giliran. Jadi, apabila wanita ke 3 serta anaknya diperiksa doktor, kami sudah berdiri menunggu ke hadapan pintu.

Ratna,
Doktor memerikasa Sofea. Kami berkomunikasi – seorang berbahasa Inggeris dan seorang berbahasa arab. Subhanallah! Kami saling memahami. Bukankah itu tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah?

Operasi di kelinik itu tidak sesusah seperti yang kami bayangkan. Doktor mencatat sesuatu di atas kertas, kami membawanya ke kaunter farmasi. Ubat diberi serta diskripsi pengunaan. Usai memberi penjelasan, pegawai segera meneruskan tugasan.

Kami terpingga-pinga, namun cuba menghadamkan penjelasan yang diberikan. Ya Allah, berikanlah kami ilham! Manakala pesakit lainnya, pergi semula ke kaunter pendaftaran lalu memulangkan semula fail folder mereka.

Ratna,
Kami sentiasa berdoa agar Sofea segera sembuh kerana minggu ini bermula episod kami belajar mengaji di Haram. Salam sayang dari kami sekeluarga di Madinah al-Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Kerenah anak-anak, Muhassabah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>