Malaskah kita?

Saya terlalu biasa bekerja sendiri. Maksudnya, saya tidak dilatih untuk dibantu oleh setiausaha atau kerani. Pegawai-pegawai yang berada di bawah pengawasan saya perlu menyiapkan kerja mereka yang bertimbun. Saya senang cara itu kerana ia menjimatkan masa dan wang!

Ia tidak berlaku di India.

Hari itu, saya berjalan menuju ke bilik selepas selesai bermesyuarat dengan Pak Hasan. Saya ternampak beberapa buah kotak berlonggok di laluan, lalu saya tanya Burkhan yang mejanya berada di sebelah.

 “What are these boxes for, Burkhan? Do you still need them?”

Dahi Burkhan sentiasa berkedut. Dia juga sentiasa mengunyah sireh. Bila ditegur begitu, bingkas dia bangkit dan memandang saya dengan pendangan terkejut yang melampau. Kerutan di dahinya bertambah banyak.

 “No Madam. I don’t want them.”

 “Then, throw them away. They make this place ugly.” Arahan saya kepada Burkhan dengan lembut.

Saya berjalan meninggalkan meja Burkhan. Seketika kemudian saya terdengar suaranya bercakap bercakap melalui talipon.

 “அ ஆ இ ஈ உ ஊ எ ஏ ஐ ஒ ஓ ஔ ஃ”

Ia mungkin berbunyi “Iyappan, kemari kau!”

Langkah saya terhenti dan saya rapatkan badan ke dinding. Mengintai (buruknya perangai saya … he he he).

 Saya nampak kelibat Iyappan datang dengan gagahnya. Burkhan menunjuk-nunjuk ke arah kotak dan Iyappan memerhatikan kotak-kotak tersebut dengan penuh minat sambil mengangguk-angguk. Kemudiannya, Iyappan berlalu pergi. Burkhan kembali duduk dan menepuk-nepuk dahi. Minat saya makin mendalam. Tidak sampai seminit, Iyappan tiba kembali ke meja Burkhan diikuti oleh seorang chaiwala (pembuat teh).

 “அ ஆ இ ஈ உ ஊ எ ஏ ஐ ஒ ஓ ஔ ஃ”

 Iyappan mengarahkan Chaiwala mengangkat kotak tersebut. Agakan saya begitu.
Eh…betul rupanya! Beria-ialah Chaiwala mengangkat dua buah kotak kosong yang tidak diperlukan lagi. Lembiknya badan dia bagaikan sudah sepuluh hari tidak makan!
Saya tersenyum sambil meneruskan langkah menuju ke bilik saya. Rupanya Mr T sedang memerhatikan gelagat saya.

 “Hang buat apa tu Suria?” Tanya Mr T.

 “Hahahaha….aku baru lepas tengok drama sebabak….” Jawab saya.

 Kami berdua ketawa berdekah-dekah. Kenapa susah sangat mahu mengalihkan dua kotak kosong? Jika di Malaysia, pastinya Burkhan Malaysia akan terus membuang kotak yang tidak perlu itu sebaik sahaja mendapat teguran dari Boss. Ia tidak berlaku di India.

 Satu lagi insiden yang menarik perhatian saya sewaktu saya berada di sebuah pejabat kerajaan. Pegawai yang saya temui adalah seorang Pengurus Besar (GM). Sebelum lupa: temujanji di India diadakan samada “first half” atau “second half” of a day. Jika first half, kemungkinan kita dapat bertemu dengan pegawai yang amat sibuk itu pada pukul 9 atau pukul 10 atau pukul 11 atau pukul 12. Maka, kita perlu berada di pejabat itu mulai pukul 9 dan tunggu lah masa yang sesuai untuk dia memanggil kita.

 Saya telah menunggu Tuan GM tadi sejak pukul 2 kerana saya diberitahu yang beliau hanya berkelapangan pada second half. Dua jam berlalu, saya sudah bermimpi sampai ke Pulau Virgin di Laut Mediterranean. Mungkin juga satu pejabat itu sudah puas didendangkan dengan dengkuran saya!

 Pada pukul 4, saya dipanggil masuk. Bilik yang begitu besar. Tuan GMnya bertubuh kecil dan kelihatan sudah menghampiri usia pesara. Mejanya kosong. Di satu sudut, ada sehelai kertas.

 Saya duduk dan kami mula berbual. Tiba-tiba talipon berdering. Tuan GM langsung tidak mempedulikan deringan itu. Kakitangannya yang duduk di luar bilik kelam kabut masuk dan mengangkat gagang. Selepas beberapa saat, gagang diserahkan kepada Tuan GM.

Entah apa yang dikatakan, saya lihat mulut Tuan GM muncung ke arah sekeping kertas yang terletak di hujung meja. Mamat tadi bergegas pula mengambil kertas itu dan menyerahkan kepada Tuan GM.

 Saya perhatikan situasi yang begitu menarik perhatian saya. “Takkan lah nak ambik kertas sehelai pun tak boleh?” hati saya berbicara.

Pemalaskah orang kita yang boleh melakukan semua benda tanpa bantuan? Kita tulis dan balas email, taip dan cetak surat, bertemu pelanggan, menyelesaikan masalah. Dan kita masih mampu memantau semua kerja yang telah diselesaikan oleh kakitangan bawahan. Sebagai pemimpin, tugas kita adalah mencantumkan segala kepingan kecil yang telah siap untuk menjadi satu hasil seni yang indah untuk dijual!

 “They are like that only.”

 Orang mereka terlalu ramai. Semua perlukan pekerjaan. Makanya mereka tidak perlu melakukan semuanya sendiri. Salahkah kalau saya katakan mereka jadi begitu mahir dalam satu bidang kerana mereka tidak perlu ambil peduli tentang hal-hal yang bukan kepakaran mereka?

Jika ditanya kepada mereka, jawapan mereka terlalu klise. Itu bukan tugas mereka. Mereka ada banyak kerja lain yang lebih penting. Mereka dibayar mahal bukan untuk melakukan kerja-kerja remeh.

Seringkali saya kagum dengan sebilangan besar dari mereka yang amat pandai mengatur bicara, menuturkan janji dan memberi harapan. Mereka juga amat hebat mengangkat diri. Mereka tahu bila dan ketika untuk sentiasa dilihat pandai. Sentiasa satu langkah di depan!

 Subhanallah. Biarlah saya tidak dilihat begitu. Arwah Bapak selalu berpesan, merendah diri. Namun jangan sesekali rasa rendah diri. Jangan sampai pula ada rasa ujub. Pesanan Bapak dibenarkan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

 “Tiga perkara yang dapat merosakkan, iaitu bakhil yang diturut; hawa nafsu yang diperturuti dan mengagumi diri sendiri (ujub).”

(Hadis Riwayat Baihaqi)

7 thoughts on “Malaskah kita?

  1. Alhamdulillah..hari ni saya dapat lihat wajah suria …he he cantik…memang merendah diri. Sebab suria yg digambarkan dalam catatan sebelum ini tidaklah seperti gambar yg tertera…

  2. pemalas dan malas….sukar di ubah….malas bermacam tempat …yg pemalas terus tk buat apa apa…perkara kecik pun malas nk fikir apatah lg yg besar….

  3. Saya sgt suka entry ini….sbb org kita kekdg bkn mls krn tiada kerja tp mls buat kerja hakiki. Riak dan ujub dgn kehebtn sndiri tp msh ditakuk lama.Mrh bila dpt gaji sikit tp tknk tmbhkan usaha, alasan mahu ganjaran dahulu sblm berbuat kebaikan/usaha. Puan, trskan mencoret pnglaman yer…

    Bersama dtgnya jwtn wpun sbg KETUA turut sama dtgnya brsama tgjwb lain yg tergalas di bahu, sy byk belajar drpd sini. Trm ksh.

Leave a Reply