Pangkat dan Darjat

Saya mendengar pesan penceramah, “tinggalkan pangkat dan darjat” ketika mahu menunaikan fardhu haji dan ibadat umrah”.

Dulu, saya berpegang kuat kepada falsafah ini. Persepsi masyarakat dengan mereka yang berpangkat, berkuasa dan berdarjat semuanya negatif belaka. Ia dikaitkan dengan kesombongan manusia dengan Allah SWT.

Kini … setelah menekuni dan melihat dengan cermat serta teliti, saya mula menasihati kesemua jemaah supaya membawa bersama sekali anugerah dunia ini ke Tanah Suci.

Pertama, jika benar anugerah dunia ini tidak menjadikan mereka manusia yang tunduk patuh kepadaNya di Tanah Air maka tanpa pangkat dan darjat ini, mereka menjadi manusia berbeza di Makkah dan Madinah.

Sejurus sahaja menaiki pesawat mahu kembali ke Tanah Air, mereka menyarung kembali apa yang telah ditinggalkan sebelumnya. Tingkah laku kembali asal.

Lalu pangkat dan darjat ini kelihatan tidak terpakai di Tanah Suci semata-semata.

Ia dua dimensi yang berbeza.

Kedua … pakailah pangkat dan darjat masing-masing. Ia juga nikmat Allah SWT. Saksikan kebesaran dan kehebatan Allah SWT dalam keadaan begitu. Hargailah nikmat dunia dalam suasana yang berbeza.

Jika di Tanah Air kita – misalnya – disediakan barisan hadapan untuk sesuatu majlis, di sini pangkat dan kuasa – dalam kebanyakan kes – tidak lagi berharga untuk mencari saf-saf hadapan.

Bayangkanlah dengan kekuasaan yang ada di Tanah Air, bagaimana kita telah merasai kenikmatan luar biasa dalam kebanyakan keadaan.

Bawa dan pakailah pangkat dan kuasa ke Makkah dan Madinah, InsyaAllah ia masih di situ tetapi kita merasai kemuliaan di sisiNya.

Lalu tidak timbul lagi menyarung kembali pangkat dan kuasa yang ditinggalkan. Ia memang ada di bahu.

InsyaAllah, kita menjadi manusia yang lebih bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang dikurniakan olehNya di dunia.

Ketiga, terjemahkan kekayaan kita dengan menghuni hotel-hotel yang paling hampir dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Namun kita menangis dengan kemewahan dan kemudahan yang telah diberikan olehNya. Maksudnya, kita sepatutnya menjadi manusia yang lebih bersyukur dengan kemewahan tersebut, InsyaAllah.

Bawalah kekayaan kita dengan lebih banyak bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

InsyaAllah … kita cuba melihat dari pandangan sisi yang berbeza.

Allah ya Allah … kami mohon keampunanMu ya Allah.

7 thoughts on “Pangkat dan Darjat

  1. Assalammualaikum…Proff. Merenung topik diatas, para sahabat Rasullulah lah yg bolih diambil sebagai contoh. Lihatlah Abdul Rahman sahabat yg terkaya dan berjaya dlm hal dunia perniagaan…tapi beliau tinggalkan semua itu bila berhijrah bersama Rasulullah. Abu Bakar bolih berkata ‘ cukup lah hanya ALLAH dan Rasulullah yg aku ade’ setelah semua harta diserahkan utk fisabil lillah. Serta sahabat2 yg lain, cuma sehelai sepinggang bila diarah berhijrah…. Ya Allah jadikan para sahabat Rasulullah sebagai contoh ikutan utk ku….Aku memohon keampunan dari Mu ya Allah…Wasallam

  2. Allah…..Engkau sangat baik,terlalu baik, amat amat amat baik…terima kasih kerana menemukan kami di alam maya ini….Jadikanlah ia sebagai Pembina semangat dan kekuatan kepada kami agar lebih dekat DgnMu lebih syukur kami…lebih faham akan rahsiaMu…
    Terima kasih semua…. Fahamkan kami sedalam dalamnya Kalimahmu dan dapat kami praktikkannya dalam seluruh Kehidupan kami…

  3. Salam sejahtera
    Bagaimana dengan Omar? Bagaimana Abdul Rahman apabila tiba di Madinah? Kaji pula kekayaan Saidina Osman dan bagaimana kesannya sehingga ke hari ini kepada penduduk Madinah …

    Kekayaan bukanlah isu di sini … Satu bab saya menulis konsep ini di dalam buku baru Merenung Diri bagaimana kekayaan dan kemiskinan boleh menghampir dan menjauhkan diri manusia kepada Pencipta.

    Kajilah kisah sahabat secara kedua-dua sisi dan lihatlah bagaimana Islam melihat keduanya yang berakhir dengan tunduk patuh kepadaNya.

    InsyaAllah, saya berceramah tanpa bayaran kerana Allah SWT memberikan rezeki lain yang membolehkan saya melakukan sedemikian.

    Lalu ikutlah surah Adz-Zariyat ayat 56 tentang kehidupan manusia di dunia … InsyaAllah … pilihan untuk kita melihat isu ini dalam kerangka yang lebih besar.

  4. Assalam Prof, memang tersentuh apabila membaca tulisan @ coretan di ruangan ini.tkasih prof.

Leave a Reply