PELANCARAN BUKU MERENUNG DIRI DAN TANYALAH DIRI

Merenung Diri 3D Tanyalah Diri 3D

ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN BUKU MERENUNG DIRI DAN TANYALAH DIRI DAN KULIAH ISYA DI MASJID BANDAR BARU UDA, 11 APRIL 2015
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim, Dato’ Dr Mohd Zaini Ariff dan Raudzah Roslan

Anjuran Bersama: UniKL Business School (Jabatan Perakaunan), Masjid Bandar Baru Uda dan Galeri Ilmu Media Group

Tema: Membawa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ke Masjid Bandar Baru Uda: Mengembalikan Satu Ingatan

7.30 malam Alunan Azan Maghrib mengikut lagu Masjid Nabawi lalu diikuti dengan solat berjemaah Maghrib dengan bacaan mengikut lagu Imam Sheikh Abdul Rehman al Huzaifi, Imam Masjid Nabawi. (Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki: Mantan Qari Diraja Arab Saudi dan Imam Masjid Shah Alam)

Pengenalan Majlis

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki serta melaksanakan majlis pelancaran buku Merenung Diri dan Tanyalah Diri.

Penyampaian cenderamata: Hadiah beberapa naskhah buku tersebut kepada Masjid Bandar Baru Uda (Penerima: Pengerusi Masjid)

Sinopsis Ringkas Merenung Diri dan Tanyalah Diri (Dato’ Dr Mohd Zaini Ariff)

Alunan Azan Isya mengikut lagu Masjidil Haram lalu diikuti dengan solat berjemaah Isya dengan bacaan mengikut lagu Imam Sheikh Abdul Rahman al Saudis, Imam Masjidil Haram. (Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki: Mantan Qari Diraja Arab Saudi dan Imam Masjid Shah Alam)

Kuliah Isyak bertajuk 900 tahun di Madinah (Muhd Kamil Ibrahim)

Majlis menandatangani buku yang dilancarkan.

One thought on “PELANCARAN BUKU MERENUNG DIRI DAN TANYALAH DIRI

Leave a Reply