Kegembiraan: 500 buku percuma

lancarbuku

Sungguh, Allah Maha Mendengar.

Alhamdulillah … setiap kali menulis buku baru – InsyaAllah – akan ada yang mahu membantu. Kali ini kami mempunyai dana yang dapat memberi buku percuma kepada 200 orang pertama hadir ke majlis pelancaran.

Hisab kami mudah, “beli buku BILA HATI BERKATA dan #TAKE5 @ ROZA ROSLAN dan kami hadiahkan buku #TAKE5@PROF KAMIL”. Tentu sekali ia tawaran menarik untuk peminat tegar yang tidak miss hadir ke majlis pelancaran buku-buku terdahulu.

Mengikut rekod, kehadiran rakan-rakan di sekitar 500 – 800 setiap kali majlis berlangsung. Alahai … saya selalu bersemangat mahu menggembirakan mereka yang hadir seramai mungkin.

Lalu saya menulis mesej berikut kepada seorang kenalan bagi memohon sumbangan tambahan untuk memeriahkan majlis pelancaran buku ‪#‎TAKE5‬@PROF KAMIL, #TAKE5@ROZAROSLAN dan BILA HATI BERKATA.

“Salam sejahtera: Kami akan melancarkan tiga buku berikut pada 28hb nanti. Mohon luangkan masa untuk hadir.

Kedua: Ini hanyalah sekadar pertanyaan sahaja. Jika jawapan TIDAK untuk kali ini … saya okey.

Konsep pelancaran kali ini beli dua buku dan satu akan diberi percuma. Kami memilih untuk memberi buku #TAKE5@PROF KAMIL sebagai yang percuma.

Harga buku ini RM15. Sungguh – InsyaAllah – ia buku yang sangat bagus …

Harga diskaun penulis hanya RM9.75. Kami sudah memperolehi sponsor untuk 200 naskah @ RM1950.

Kalaulah tuan sanggup menaja beberapa naskah lagi maka ramai lagi yang berbahagia pada hari pelancaran tersebut.

Wah …. ini ayat memujuk … Enjoy keberadaan tuan di XXXXXXX!

Kami doakan tuan selamat sejahtera!”

MasyaAllah … Subhnallah … AllahuAkbar. Sekejap sahaja saya menerima jawapan balas yang benar-benar menghiburkan hati:

Waalaikumussalam … Okey Prof … saya tambah 300 buku lagi. Cuma, mohon maaf sangat-sangat kerana tidak dapat hadir pada 28hb nanti kerana sudah mempunyai program yang telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu.

Saya khabarkan kepada Roza dan beliau terus menyebut, “Alhamdulillah … Ya Allah Kau berikan kemuliaan kepada hambaMu ini yang gemar menggembirakan hati orang lain. Ya Allah Kau jadikanlah anak-anak ku sebagai manusia kaya-raya seumpama sahabat kami ini yang tidak bakhil dan gembira berkongsi kekayaan dengan mereka yang lain.

Jemput … raikanlah kegembiraan ini bersama kami di PWTC nanti, InsyaAllah.

One thought on “Kegembiraan: 500 buku percuma

  1. Tkasih. Insyaallah kak akan hadir bersama seorang peminat baru
    Semlm dia sekeluarga ke rumah
    Kak hadiahkan buku Aroma…kak pinjamkan 2 buku roza. Dia meminjam pula buku usahawan akhirat. Nampaknya anak ini sgt berminat membaca buku2 islamik santaim

Leave a Reply